 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
Nurul Hashimah's FotoPage
By: Nurul Hashimah Ahamed Hassain Malim
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
|
[Archive]
|
|
|
|
| Friday, 12-May-2006 07:07 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tioman
|
|
Percutian ke Tioman 3 hari 2 malam
Peserta: Nurul Hasbi & Nurul Hashimah
First Day (1/5/2006)
Bertolak dari Subang Airport dengan Kapal Terbang Fokker Berjaya Air jam 8.00 pagi
Tiba di Lapangan Terbang Sg Tekek, Pulau Tioman jam 9.00 pagi.
Since kami pergi under Berjaya Vacation Club so org Berjaya jemput di Airport and bawa ke resort.
Hanya Berjaya Resort & Golf Club je satu-satunya resort yg 5 bintang kat situ. Yang lain diusahakan oleh org tempatan. Besar gile resort Berjaya tu. Ada padang golf, Donkey ranch, byk le plak restoran dalm tu.
Kami sampai situ tak dapat bilik lagi so kami tinggal beg kat lobi then gi cycling sekeliling resort. Besar tak terkata. Sampai rasanya turun le beberapa Kg sbb cycle naik/turun bukit. Kami Cycling dari kul 10.30 sampai 11.30. sbb walupun besar tapi apa yg ada hanyalah bilik-bilik, restaurant, padang golf, padang bola sepak, tampar & keranjang, Jeti, Villa VIP etc. Pemandangan memang cantik tapi aktiviti di daratan agak memboringkan. So kami pun decide stop jela & tengok dapat bilik dak agi.
Kul 11.30 dapat bilik gi check in & interestingly since that resort is big so the provide buggy to move us from the lobby to our room. Bilik dia cantik tapi lupa nak ambil gambar dalam bilik. Kul 12.00 gi lunch kat retoran dalm resort gak sebab klo nak kluar pun kat Tioman tak de Pekan. Terperangkap dalm tu jela. Lps Zohor gi Kayak. Kami minta tolong la abang kayak tangkap gambaq kami. Siap posing atas kayak lagi. Dia pun tangkap la & dgn confidentnye dia kata dpt tangkap. Kami pun berkayak la selama sejam & suh abg tu simpan digi cam. Aku & kakak aku berkayak 2 orang bila dah start ketengah tu baru aku perasan tersilap taktik. Patutnya aku yg dok belakang sbb aku blh kayak tp kakak aku plak p dok blakang. jenuh aku dok kena ajaq dia. Hasilnya kayak kami tak gi jauh la, asyk dok p balik ke pantai. Mana taknya bila aku nak pi ke depan skit kakak aku kata "Mah dah dalam dah ni patah balik". Tapi memang tak dinafikan walaupun kami kayak lebih kurang 5 meter dari pantai boleh nampak perbezaan kedalaman airnye sbb pantai dia curam (makin jauh makin kedalam) bukan macam batu feringghi yang landai pantainya. So aku pun patah balik. Sakit gak pinggang berkayak ni. Malam tu kami tak wat apa-apa just tengok tv. Kat Tioman malam tak dak aktiviti yang boleh di buat unless u are a licensed diver blh le gi night dive. Malam air surut so klo nak dive memang diaorang bawak jauh ketengah lautan sbb Pulau kecil macam Tioman walaupun air surut, hanya berhampiran pantai je tak de air kat tengah semua masih ada air tak macam yg aku dok tengok kat Gurney klo air surut langsung tak de air. kami tidur dgn nyenyak.
Second day
kami gi snorkeling trip to coral island.
pulau kecik yang pertama kami pi tu tak tau nama apa cantik air dia. Pulau kecik-kecik keliling tioman ni tak de pantai cuma kaya dgn batu karang di dasar laut. Kami ingatkan snorkeling kat tpt yg tak dalam sgt rupanya lain yg disangka lain jadinya. Bot yg kami naik tu stop jauh dari pesisir pantai kecil pulau tu. Lps tu dia kat sejam snorkeling here. Trip yg kami ikut ni semua org Korea yg tak tau cakap english so depa bw sorang translator. Nasib baik ada abang tu yang terjun ajaq kami snorkeling setelah melihatkan kami yg panik ini. Dia suh kami pegang pelampung yang dia tarik dan suh kami pandang bawah biar dia yg bawa kami pusing. Kat situ la kami belajar mengapungkan diri dan berenang dengan jaket keselamatan. walaupun jaket tu bolen mengapungkan kita tp klo kita tak reti control die susah gak. Tak dpt nak cite cam ne better try sendiri. Tapi memang cantik coral kat situ ikan pun macam-macam. Betapa hebatnye kuasa Allah. Tengok sendiri baru tahu. Lps tu kami gi snorkeling kat Marine Park sambil bg makan ikan & last destination snorkeling kat Renggis island. Kat sini memang paling cantik lah and dalam sbb memamg betul-betul pulau kecil di tgh laut.
on d way balik tu kami nampak byk kapal perang. Rupanya perairan tioman ni digunakan utk latihan tentera laut Malaysia, australia and america. Dalam nya laut tioman ni sampai stp hari 3 kapal selam america ulang alik nak berlatih kat sini. Selesai aktiviti lebih kurang kul 1 ptg.
belah petang kami gi jalan-jalan posing kat tepi pantai.
Third day
lps breakfast kami keluar gi shopping souvenir diluar resort naik teksi. Klo jalan pun boleh tp sbb nak cepat kami naik teksi jela. Ptg tu nak balik dah. Memang tak de ape pun kat luar resort tu. Kami tak berpeluang nak Round island sbb trip utk round island tak cukup org. Kat Tioman main transportation channel is jalan laut. Klo nak ikut darat kena guna 4WD.
Petang tu kami berangkat pulang dgn Berjaya Air.
Enjoy the pictures!!!!![img]
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 11-Dec-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Updates 1- My Convocation
|
 |
|
my family (my second sister not there)
|
|
 |
|
me, zal, shasha & kak ina
|
|
 |
|
me & kak alisa
|
|
 |
|
my family & zal's
|
|
 |
|
zul & my family
|
|
 |
|
arshad & my family
|
| | View all 20 photos... |
|
Alhamdulillah, cuti sem dah start aku ada la masa nak upload photo....these are my convocation photos. Convocation date: 12 August 2005. Enjoy.....
Sebenarnye byk lagi gambo tp aku upload byk ni je lah....Klo nak tengok agi mehla umah aku....
Degree dah lepas skang master lak....
wish me luck!!!!
to my frenz luv u all, miss u all....dtg penang singgah la umah aku....
| Quote: | | Once a friend, will always be a friend |
Salam Sayang utk semua,
shimah
|
|
|
|
|
|
|
[Archive]
|
|
 |
|
|
|